Header Ads

15 Perkara Tersembunyi Kenapa Ibu Menyorok Kelahiran Anaknya Selama 3 Tahun

Negeri Sembilan - Satu Malaysia gempar baru-baru ini apabila berita penemuan seorang kanak-kanak yang berusia 3 tahun telah dibiarkan oleh ibunya keseorangan tanpa makanan dan pakaian di dalam sebuah rumah kosong di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Rentetan penemuan kanak-kanak malang berkenaan, terdapat beberapa perkara yang tersembunyi yang tidak diketahui umum berkaitan dengan hubungan sulit si ibu sehingga kelahiran kanak-kanak berkenaan yang disorok kelahirannya daripada pengetahuan keluarganya.


15 Perkara Tersembunyi Ibu Sorok Kelahiran Anak

1. Ibu mangsa tersebut mempunyai 3 orang lagi anak hasil perkahwinan pertamanya.

2. Anak pertamanya tinggal dengan bekas ibu mertua sejak dua tahun lalu manakala anak kedua dan ketiga dijaga sendiri olehnya bersama suami kedua.

3. Suami keduanya tidak tahu akan kewujudan anak tersebut kerana beliau beritahu menjaga anak kawan.

4. Suami keduanya bekerja sebagai pemandu lori dan jarang balik ke rumah. Beliau perlu ulang alik ke Bahau untuk menghantar dan mengambil suaminya dari kerja.

5. Mangsa adalah anak luar nikah hasil hubungan bersama seorang lelaki Indonesia yang telah meninggalkannya sebelum beliau berkenalan dengan suami kedua.

6. Suami pertama meninggal dunia pada tahun 2009 dan telah besarkan tiga orang anaknya seorang diri.

7. Ibu mangsa tersebut telah tinggal bersama suami kedua sejak dua tahun lalu tanpa bernikah dan baru sahaja bernikah pada bulan Oktober 2016.

8. Ibu mangsa menjelaskan bahawa tidak ada niat untuk meninggalkan anaknya seorang dirinya.

9. Mangsa ditinggalkan di rumah seorang diri sejak 05/01/17 jam l/kurang 1800hrs.

10. Mangsa adalah anak yang aktif dan tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran. Beliau melahirkan mangsa seorang diri di rumah sewa di Gemas pada tahun 2013.

11. Ibu mangsa meninggalkan mangsa di rumah sewa kerana balik membantu menguruskan ibunya di Felda Jelai 1 yang mempunyai penyakit mental.

12. Ibu mangsa hanya membawa dua orang anak lelakinya balik ke kampung kerana ahli keluarga tidak tahu akan kewujudan mangsa.

13. Pada kebiasaannya mangsa dijaga oleh salah seorang anak lelakinya sekiranya beliau balik menguruskan ibu kandung dan ibu tirinya.

14. Selain menguruskan ibu kandungnya yang mempunyai masalah mental, beliau turut menguruskan ibu tiri di Londah yang baru kemalangan.

15. Suami kedua dihubungi dan kini berada di Kemayan, Pahang dan mengesahkan tidak tahu bahawa tersebut adalah anak luar nikah isterinya.

Tindakan telah diambil:

1. Mangsa telah dihantar mendapat rawatan di Hospital Tampin.

2. Mangsa telah diberikan makanan dan minuman oleh anggota balai AKS.

3. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut.

4. Selaku KPD saya memandang berat kes ini dan mnyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dpt mengelakkan kejadian berkenaan. Sikap saspek dipuji atas komitmen menjaga ibu ibunya yang sakit namun undang-undang harus dipatuhi.

Mangsa:
Nama: Kanak2 Melayu
Tarikh Lahir: 19/12/2014 (3 tahun)

1. Ibu mangsa:
Nama: (1)(P) (M) (29 tahun)
Alamat: Felda Jelai Satu 73480 Gemas
Pekerjaan: Tidak bekerja

2. Kecederaan mangsa: Tiada kecederaan luaran.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.