Header Ads

32 Maut Nahas Pesawat Kargo Turkish Airlines Terhempas

Bishkek - Pesawat kargo Turkish Airlines terhempas berdekatan dengan Lapangan Terbang Manas di Kyrgyzstan, hari ini yang menyebabkan sekurang-kurangnya 32 orang telah terbunuh.


Kebanyakan mangsa adalah penduduk-penduduk di kawasan kampung Dacha-Suu di mana tempat pesawat Boeing 747 itu terjatuh ketika ia cuba mendarat di dalam keadaan kabus tebal.

Laporan dari Dailymail dan Harian Metro, menurut pengurusan lapangan terbang, pesawat itu dijadualkan akan mendarat di Manas, berhampiran dengan Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan ketika dalam penerbangan pulang dari Hong Kong ke Istanbul.

Turkish Airlines terhempas pada jam 7.31 pagi (9.31 pagi pada waktu Malaysia).

Ketua Pusat Pengurusan Krisis di Kementerian Darurat, Mukhammed Svarov berkata, 20 orang telah terbunuh setakat ini


Bagaimanapun, ada laporan lain mengatakan, jumlah yang telah meninggal dunia akibat kejadian itu ialah kira-kira 32 orang.

Petugas penyelamat dilaporkan telah menemui mayat juruterbang dan 15 orang penduduk kampung. - Agensi









Sumber: Harian Metro & Dailymail

No comments

Powered by Blogger.