Header Ads

39 Lelaki Peserta Kem Motivasi Berbogel Di Sebuah Resort Ditahan Polis


Bentong - Sebuah pusat peranginan di Pahang telah dicemari oleh 39 lelaki yang dipercayai berbogel untuk melakukan aktiviti sukan di sini, lapor Sinar Online.

Difahamkan, kesemua lelaki berkenaan berumur dalam lingkungan 19 hingga 23 tahun yang menyertai kem motivasi seramai 39 orang, manakala 9 orang lagi dipercayai adalah wakil syarikat yang menganjurkan program motivasi berkenaan.

Menurut pihak polis Bentong, polis mendapat laporan daripada orang awam pada jam 6.12 petang, mengatakan sekumpulan lelaki sedang bersukaria di padang tanpa berpakaian.

Memetik berita Sinar Harian, Ketua penyelia program berkenaan memberitahu, mereka bermain satu permainan yang diberi nama 'All Out' yang mana setiap peserta telah dipecahkan ke beberapa kumpulan dan dikehendaki membuat satu garisan panjang dengan menggunakan setiap alatan yang melekat di badan sahaja.

Setiap peserta dikatakan menanggalkan pakaian masing-masing secara berperingkat untuk membina garisan panjang sehingga berlarutan menjadi tanpa berpakaian.

Pihak resort juga tidak tahu menahu berkaitan dengan tentative program berkenaan kerana hanya dimaklumkan adanya aktiviti akan dijalankan di kawasan resort.

Polis juga telah membuat serbuan dan menahan kesemua 39 peserta termasuk 9 orang wakil syarikat penganjur kem berkenaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, seramai 46 lelaki dan dua perempuan kini disiasat di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih lagi diteruskan.

Sumber: Sinar Online & Utusan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.