Header Ads

4 Jenazah Timbul Akibat Arus Deras Dan Hakisan Tanah Perkuburan


Tumpat, Kelantan - Akibat banjir dan hakisan tanah yang agak membimbangkan, 4 keranda yang mempunyai mayat di dalamnya timbul di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubur Datuk, Tumpat.

Hakisan tanah dan arus yang deras mengakibatkan lebih daripada 100 buah kubur rosak teruk kerana air banjir yang memasuki kawasan tanah perkuburan berkenaan, lapor Harian Metro.


Menurut Penghulu Kampung, Rosli Mohd Nor, 4 keranda yang timbul itu kerana kuburnya masih baru dan menyebabkan tanah terhakis dengan cepat apabila dipukul arus air yang deras.

Kejadian berkenaan disedari oleh penduduk setelah selesai solat subuh di masjid yang berdekatan dengan tanah perkuburan pada jam 7 pagi.


Empat jenazah yang timbul itu telah pun disemadikan semula oleh penduduk kampung apabila Penghulu Kampung memanggil mereka untuk bergotong royong membersihkan kawasan di sekitar tanah perkuburan dan juga membina laluan air untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi.

Sumber: Rakyat Kelantan

No comments

Powered by Blogger.