Header Ads

Aiman Tino Dikatakan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya

Kuala Lumpur - Berita yang sangat mengejutkan apabila penyanyi Aiman Tino telah meninggal dunia akibat kemalangan maut pada pagi semalam.


Berita ini ternyata berita palsu yang sengaja direka-reka oleh seseorang yang mempunyai motif tertentu atau mungkin juga yang tidak menyukai artis ini.

Harian Metro melaporkan, Aiman, telah dihubungi dan berkata, dia mendapat tahu tentang perkara itu apabila selepas anggota kumpulan Khalifah, Harry menghubungi bapanya.

“Ketika sedang tidur, ayah mengejutkan saya dan memberitahu dia telah menerima panggilan daripada Harry bertanyakan keadaan saya.

"Ayah beritahu saya sedang tidur dan dia juga terkejut apabila Harry memaklumkan ada berita di laman sosial menyatakan saya meninggal dunia akibat kemalangan," katanya.

Ditanya adakah berita itu sengaja dicetuskan bagi mempromosikan lagunya Ku Rela Dibenci yang bakal bertanding pada Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL31) pada 22 Januari ini, Aiman menafikannya.

"Saya tidak rasa perkara ini sengaja dicipta untuk mempromosikan lagu saya kerana saya tidak mengenali siapakah penyebar berita itu.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap penyebar berita itu kerana saya perlu fokus dengan persiapan AJL31 nanti.

"Saya anggap ini lumrah sebagai anak seni yang harus saya tempuhi dan saya bersedia menerima apa juga isu yang melanda," katanya.

Aiman berkata, dia cuba membuka pautan berkenaan tetapi ia lebih kepada mempromosikan perniagaan penyebar berita terbabit.

"Kalau niat dia hendak promosi perniagaannya, saya anggap ia tidak berkat kerana menggunakan cara mengaibkan orang lain apatah lagi di hari Jumaat ini," katanya.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.