Header Ads

Akak Ni Buat Drama, Pakcik Saya Dah Terkena Dengan Perempuan Ini - Nizza


PUTRAJAYA - Malam semalam kecoh di media sosial berkaitan dengan seorang ibu dan 2 orang anaknya memohon bantuan daripada orang awam di stesen Petronas, Puncak Alam.

Perkongsian yang dikongsi oleh Emma Minhat itu telah mendapat perhatian netizen serta jadi viral dengan cepatnya di facebook.

Terkini, pada hari ini perkongsian berkenaan telah pun dipadamkan apabila cerita sebenar telah disampaikan oleh Lembaga Zakat Selangor dan menyatakan wanita berkenaan telah menipu orang ramai.

Seorang wanita yang dikenali Nizza Etton juga telah menceritakan hal sebenar dengan apa yang terjadi sebelum ini kepada pakciknya. Berikut adalah komen Nizza:

"Pandai akak ni buat drama. Maaflah kepada semua rakan-rakan Facebook yang comment di sini. Jujur saya akui, rakyat Malaysia ini memang prihatin sebenarnya. Dulu pernah kena tipu dengan akak ini. Alasan dia menggunakan anak-anak. Seharian naik motor dia boleh dapat tiga beg beras dan dia belanja di kedai makan beli tomyam dan paprik. Ada pula duit? Tak pelik ke?

"Sebab dulu dia pernah kata suami dia kerja bawa lori dan dia juga bekerja. Dia dapat duit dari Pusat Zakat setiap bulan. Kalau dia bekerja, dia tak akan meminta sampai macam itu sekali.

"Pakcik saya dah terkena dengan perempuan ini. Dia datang rumah minta duit dengan muka kasihan dan alasan dia anaknya sakit, perlukan duit untuk buat pembedahan. Pakcik saya masih mempunyai anak-anak kecil hanya mampu beri RM50 sahaja sebab dia pun nak guna duit untuk anak-anaknya sekolah.

"Memang betul orang kata 'don't judge a book by it's cover' tetapi kadang-kadang kita kena judge juga. Jangan percaya orang terlampau mudah. Pandai akak ini menipu, hebat akak ini punya drama. Good akak, well done. Terima kasih sebab berjaya buat semua orang prihatin terhadap anda.

"Harap jangan kecam saya okay, ini realiti, bukan nak auta," ujar Nizza lagi.

Lembaga Zakat Selangor juga menasihatkan orang ramai supaya siasat terlebih dahulu sesuatu cerita sebelum diviralkan kepada umum.
 

No comments

Powered by Blogger.