Header Ads

Akibat Ibu Leka Bermain Telefon Anak Mati Lemas Tanpa Disedari

XIANYANG - Seorang kanak-kanak mati lemas apabila ibunya leka dengan telefon semasa anaknya sedang lemas sewaktu bermandi manda di sebuah kolam renang di Ocean Spring Resort.

Foto: Mirror.co.uk

Dalam kejadian pada Selasa lalu kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun itu terkapai-kapai di dalam kolam renang tanpa disedari oleh ibunya sedang asyik bermain telefon. Insiden ini telah berjaya dirakam melalui CCTV dan jelas jarak antara ibunya dan mangsa hanya 2 meter.

Setelah menyedari anaknya hilang, ibu kanak-kanak malang itu meminta kerjasama daripada kakitangan kolam berkenaan untuk mencari mangsa.

Menurut thepaper.cn dan juga akhbar Hua Shang Daily, mayat kanak-kanak berkenaan dijumpai di dasar kolam yang mempunyai kedalaman 1.1 meter setelah berusaha mencarinya selama lebih daripada sejam pencarian.

Foto: Mirror.co.uk

Melalui rakaman ditunjukkan daripada CCTV yang telah disiarkan oleh People Daily dalam laman sesawang Twitter, mangsa terkapai-kapai sebelum lemas selama 3 minit.

Kerana kecuaian seorang ibu yang leka dengan telefonnya, dia kehilangan seorang anak comel untuk selama-lamanya.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.