Header Ads

Akibat Vape Meletup Seorang Lelaki Amerika Hilang 7 Batang Gigi

IDAHO - Akibat menghisap rokok elektronik (e-rokok) atau juga dikenali sebagai vape, seorang lelaki Amerika Syarikat mengalami lecur pada bibirnya dan kehilangan 7 batang gigi akibat letupan yang berlaku daripada vape yang dihisapnya.

Foto: Andrew Hall

Laporan dari Dailymail, Lelaki Amerika berkenaan dikenali sebagai Andrew Hall dari Pocatello, telah dihantar ke hospital ke bahagian unit rawatan rapi (ICU) setelah e-rokok tersebut meletup ketika beliau berada di dalam bilik airnya.

Kecederaan yang agak teruk yang dialaminya telah dikongsi di media sosial Facebook dan mendapat perhatian daripada netizen. Dia juga berkongsi gambar-gambar yang menunjukkan kesan letupan dan kebakaran yang berlaku akibat menggunakan peranti berkenaan.


Menurut Hall, dia telah pun patuhi kesemua arahan pengilang berkaitan dengan penggunaan peranti berkenaan. Dia juga memberitahu perkongsiannya di medial sosial berkaitan dengan penggunaan vape tersebut adalah bertujuan untuk memberi kesedaran berkaitan keselamatan kepada semua pengguna peranti itu.

Hall juga memberitahu, sewaktu kejadian itu dia sedang membuat persiapan untuk pergi ke tempat kerja dan tidak menyangka kemalangan seperti ini akan berlaku. Menurut Hall lagi, dia kini di dalam keadaan sihat dan telah dimasukkan ke ICU untuk mendapatkan rawatan lanjut.







Laporan Berita Harian mengatakan, gumpalan plastik, gigi dan objek asing yang berada di dalam mulutnya dikeluarkan oleh doktor. Menerusi penyelidikan yang dilakukan di United Kingdom, e-rokok mempunyai persamaan bahayanya kepada kesihatan sepertimana merokok.

Sumber: Berita Harian & Andrew Hall

No comments

Powered by Blogger.