Header Ads

Amanah Terakhir Ramadhan Pesakit Leukemia Untuk Anda Semua


Sayu dan sedih rasa di hati apabila membaca penulisan arwah Adam atau Ramadhan di facebooknya. Sesungguhnya anda telah dipilih dan sangat istimewa kerana pergi mengadap sang pencipta di tanah suci. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah.

Foto - Nina Mustafa


Amanah Ramadhan - Jangan Tinggal Solat


Aku Muhammad Ramadhan, umur aku 20 tahun, nak cerita sikit. Ketika aku sihat, aku tak kenal pun sejadah, sembahyang bang entah ke mana, senang cakap jahil lah.

Aku juga macam orang lain, main motor vromm vramm ke sana ke mari. Hisap rokok, mulut tak baik dan macam-macam lagi.

Tapi bila kena macam ni, baru aku ada akal fikiran. Aku kena penyakit ni dua hari sebelum puasa pada tahun 2016. Aku terus kena tahap tiga, kanser darah (Leukemia).

Aku berubat di hospital sampai 17 Disember 2016. Selepas itu, doktor bagitahu sudah tak boleh buat apa-apa lagi dengan penyakit aku dan pihak hospital juga dah mengaku kalah. Katanya, hanya tunggu masa saja sebab sudah di tahap yang terakhir.

Tapi, disebabkan ibu, aku kuat semangat sampai sekarang, aku mampu bertahan. Kata doktor, perkara yang akan berlaku pada RAMADHAN, darah akan keluar pada telinga, hidung dan mata, tapi tak tahu bila, tapi akan berlaku.

Semasa aku melawan penyakit ini lah aku banyak belajar tentang agama, barulah aku sedar. Kalau tak kena macam ni sampai sekarang mungkin aku belum berubah. Woowaa woowaa di tepi jalan macam orang yang tak ada agama.

Orang tengok aku sihat dan segar seolah tidak sakit. Yapi dalaman ni tak ada orang yang tahu betapa sakitnya aku melawan penyakit ini setiap hari. Setiap malam aku menangis sebab sakit.

Penyakit ni umpama motor, di luar nampak cantik je motor tapi di dalamnya, enjinnya macam-macam dah rosak, begitu juga dengan diri aku. Satu lagi aku nak bagitahu, kalau rasa sakit, jangan dilayan sangat pada sakit, kalau layan sakit, lagi akan sakit. Buat tak tahu je, Insha Allah tak sakit.

Aku nak pesanlah pada orang lain, setiap penyakit ada ubatnya. Yang penting solat 5 waktu dan kuatkan semangat, itu saja yang paling utama.

Kire bereh ar op? (Ok la kan?) Paham dok ahu. (Faham ke tak, tak tahu).

Perjalanan terakhir arwah Ramadhan ke Mekah sewaktu di KLIA.

Artikel asal ditulis oleh arwah Muhammad Ramadhan dalam bahasa Terengganu dan ditulis semula oleh Koleksi Viral.

No comments

Powered by Blogger.