Header Ads

Anak Sakit Mata Kerana Terminum Softlan Akibat Kecuaian Pengasuh

Shah Alam, Selangor - Akibat kecuaian pengasuh, seorang kanak-kanak menderita sakit mata yang serius kerana terkena cecair pelembut pakaian (Soflan) pada mata dan dipercayai dia juga terminum bahan untuk melembutkan pakaian itu.


Menurut ibu mangsa, Nadia, pada hari kejadian 30 Disember, mendapati pengasuh anaknya cuai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan mata anaknya terluka 80%.

Bapa mangsa berkata, semasa hari kejadian, pengasuh tersebut mempunyai urusan dan telah keluar sebentar serta meninggalkan kanak-kanak dibawah jagaannya bersendirian sebelum berlakunya kejadian malang itu.

Akibat kejadian itu mangsa telah dihantarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut dan report polis juga telah dibuat untuk mendapatkan siasatan lanjut.

"Bertambah serabut kepala ini. Jam 5 pagi, tiba-tiba telinga Alif pula berdarah. Ya Allah, kenapa ni? Sudahlah mata tak dapat dibuka, telinga pula keluar darah. Ya Allah, kuatkanlah semangat saya ini," katanya.

Kata Nadia, dia tidak tahu dan tidak pasti seberapa banyak cecair itu telah diminum dan termasuk ke dalam mata anaknya. Menurut doktor yang mencuci mata anaknya berkata banyak cecair yang telah masuk dan 80% kornea mata telah luka.


Hingga setakat ini perut anaknya tidak ada masalah tetapi Alif belum membuang air besar semenjak dimasukkan ke hospital.

Amat menyedihkan semasa dia nak makan, dia teraba-raba mencari koko crunch. Subhanallah, air mata saya tak berhenti keluar. Di mana kekuatan saya sebagai ibu? Rasa luluh dah hati ini,"katanya.

Melalui perkembangan terkini, luka di mata Alif sudah hampir pulih 40%, namun masih belum dapat dikatakan sama ada matanya rabun atau boleh melihat kerana mangsa tidak mahu membuka mata dan berkemungkinan masih trauma.


"Serius saya tak boleh maafkan pengasuh itu. Setiap kali anak saya menangis dimasukkan ubat, setiap kali itulah saya geram dan ingat muka pengasuh. Dia sedikit tak ada rasa tanggungjawab. Tak apa, bagi dia selesa duduk di rumah," kata Nadia.


Terbaru melalui status Nadia Chumil 2 jam yang lalu , Alif telah dapat membuka mata dan mungkin masih nampak. Nadia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepadanya. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.