Header Ads

Bahaya Produk Kecantikan Digunakan Oleh Ibu Mengandung

Melalui satu kajian terperinci yang telah dilakukan oleh pakar mengatakan ibu atau wanita yang sedang mengandung harus mengelakkan daripada menggunakan produk-produk kecantikan berkenaan kerana mendapati ada sebatian kimia yang memberhaya dalam produk kecantikan.


Menurut kajian yang dijalankan saintis dari University of Massachusetts Amerika Syarikat, sebatian kimia yang dikenali sebagai Bisphenol S (BPS) dalam deodoran, gincu dan minyak wangi mempengaruhi penjagaan wanita terhadap bayi mereka.

“BPS mempengaruhi tingkah laku keibuan dan didapati mengurangkan kebolehan ibu untuk menyesuaikan diri bagi memenuhi keperluan bayi,” kata seorang saintis yang terlibat, Laura Vandenberg.

Kajian tersebut dijalankan terhadap tikus bunting yang didedahkan dengan BPS. Sebanyak 10 peratus anak tikus yang terdedah dengan sebatian itu mati akibat penjagaan ibu yang teruk.

BPS direka untuk menggantikan Bisphenol A (BPA) selepas kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kesan kompaun plastik itu ke atas kesihatan manusia.

Bagaimanapun, saintis percaya BPS juga mengganggu sistem endokrin seperti BPA.

Sumber: Kosmo Online

No comments

Powered by Blogger.