Header Ads

Bayi Comel Dijumpai Ditinggalkan Dalam Kotak Kipas Meja

Kangar - Lagi kes bayi dibuang oleh ibu durjana. Bayi lelaki comel ini dijumpai dalam satu kotak kipas meja di satu kawasan semak berdekatan dengan pasar raya pada jam 7 pagi tadi.


Bayi itu dijumpai oleh orang awam yang ketika itu sedang berjoging dan menjumpai bayi berkenaan yang masi bertali pusat dan meminta seorang pengawal keselamatan untuk menghubungi polis.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.10 pagi dan melakukan siasatan di tempat kejadian.

Katanya, turut ditemui bersama bayi berkenaan adalah cadar putih, tuala hijau, seluar bayi serta dua patung lembut.

"Tiada sebarang nota ditinggalkan bersama bayi yang dipercayai beberapa hari dilahirkan berikutan keadaan tali pusatnya kering.



"Pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Fauziah (HTF) melakukan pemeriksaan terhadap bayi itu sebelum membawanya ke Jabatan Kecemasan hospital," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, pegawai perubatan itu memaklumkan bayi berkenaan dalam keadaan stabil dan kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi HTF.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.