Header Ads

Bayi Perempuan Dalam Kotak Ditemui Di Belakang Rumah

Shah Alam - Pemilik rumah terkejut apabila mendengar tangisan yang sangat kuat dibelakang rumahnya. Rupa-rupanya seorang bayi perempuan yang comel ditinggalkan dalam kotak di depan pintu belakang rumahnya.


Bayi berkenaan diletakkan di dalam kotak dan berselimutkan kain batik kata pemilik rumah, Mohd Esa Ismail, 47, dalam kejadian 2.30 pagi semalam.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik rumah berkenaan berkata ketika itu dia sedang tidur sebelum mendengar tangisan yang teramat kuat dan terus keluar ke belakang untuk melihat apa yang berlaku.

Setelah pintu dibuka dia melihat seorang bayi ditinggalkan berseorangan sebelum memanggil isterinya dan terus menghubungi pihak polis.

Bayi berkenaan dipercayai masih bertali pusat dan dalam keadaan bersih seperti telah dijaga rapi. Pemilik rumah menghantar bayi berkenaan ke Hospital Sungai Buloh bersama polis.

Sumber: Harian Metro

Artikel Berkaitan: Wanita Kejam Sanggup Buang Anak Sendiri Ke Dalam Longkang

No comments

Powered by Blogger.