Header Ads

Biarpun Buta Dia Masih Mampu Memberikan Kasih Sayang Yang Terbaik Untuk Anaknya

Sesiapa saja yang melihat gambar ini, seorang ayah yang cacat penglihatan mendakap erat bayi comel bersama dengan beg kelengkapan anak kecilnya, pastinya akan rasa sedih, sayu dan kasihan.

Bagaimana seorang ayah yang buta, tabah mendukung anaknya ke mana saja dan dijaga anaknya dengan baik. Tiada alasan lagi untuk kita tidak bersyukur di atas kurniaannya kepada kita segala nikmat hidup dan zuriat yang diberi.

Perkongsian daripada Puan Neena Anuar ini mungkin akan membantu membuka mata hati kita.

Anak dan Ayah

Ditulis oleh: Neena Anuar

Suami hantar whatsapp. Dia kata dua orang anak beranak ni naik satu train dengan dia pagi tadi. Dia sebak dan sedih melihat gelagat dua beranak ni. Si ayah melayan si anak dengan rasa penuh kasih sayang. Sanggup carry macam-macam beg di tangan dan badan.

Ya Allah, Touching sangat tengok gambar ni. Kasih seorang ayah yang cacat penglihatannya. Anaknya tampak sempurna dan comel sangat. But at the same tima aku berasa sedih dan kecewa dengan segelintir insan yang sempurna cukup segala sifat, tetapi mereka malas berusaha malah lebih mengecewakan apabila mereka sanggup mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak kecil mereka yang cukup sihat sifatnya.

Sangat menyedihkan apabila golongan ini sering menyalahkan takdir kehidupan mereka yang kononnya menjadi punca mereka hidup sengsara. Hakikatnya mereka sendiri yang membutakan mata hati mereka untuk melihat dan mengambil iktibar dari kisah kehidupan insan mulia seperti lelaki ini yang buta penglihatannya, namun masih mampu memberikan kasih sayang yang terbaik buat anaknya.

Aku sendiri ambil iktibar dari kisah dua beranak ni tadi. Alhamdulillah, Allah bagi aku nikmat kehidupan bersama suami dalam segala sudut. Tetapi Allah masih belum kurniakan kami rezeki untuk memiliki rumah dan zuriat sendiri.

Seandainya aku tidak berpuas hati dengan apa yang belum aku miliki ini, itu bermakna aku tidak bersyukur dgn limpahan nikmat rezeki yang Allah telah berikan pada kehidupan kami selama hari ini. So selalu kena ingatkan diri sendiri, jangan mengeluh, jangan merungut. Kena selalu ingat nasib insan lain yg mungkin lebih teruk ujian buat mereka.

Allah Maha Adil. Setiap insan ada dugaan, kekurangan, kelebihan dan nikmat kehidupannya yang tersendiri. Allah sentiasa sayangkan hambaNYA.

Ya Allah. Engkau lindungilah kedua-dua anak beranak ini dan Engkau permudahkanlah setiap urusan keluarga ini. Amin.

Sumber: Neena Anuar

No comments

Powered by Blogger.