Header Ads

Buah Matoa Buah Tiga Rasa, Rakyat Malaysia Akan Merasainya Dalam Masa Lagi 3 Tahun

Kuala Lumpur - Rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk melihat dan juga merasai buah matoa yang sangat unik ini kerana mempunyai tiga rasa dari buah lain seperti laici, rambutan dan juga durian.


Kedengaran pelik dan mustahil tetapi itulah kenyataannya. Laporan Harian Metro mengatakan matoa kini telah ditanam oleh seorang aktivis alam sekitar bersama dengan rakan kongsinya di sebuah ladang di Kelana Jaya, Selangor dan juga di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang belum mengenali buah ini dan mungkin tidak merasainya. Tetapi kepada yang pernah merasai buah ini pasti mengatakan ianya sangat sedap dan lazat. Itulah keunikkan buah matoa.

Abdul Shariff Walat berkata, buah matoa asing di Malaysia kerana ia berasal dari Papua New Guinea, tetapi cukup popular di Indonesia.




“Buah ini berbentuk bulat, berwarna kekuningan pada bahagian kulitnya dan bertukar kepada coklat jika disimpan dalam tempoh lama selepas dipetik.

“Manakala isinya berwarna kuning cair dan rasanya lemak manis gabungan tiga jenis buah-buahan terbabit (laici, rambutan dan durian),” katanya kepada Harian Metro.

Sumber gambar daripada facebook page Matoa Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.