Header Ads

Cara Dapatkan Simpanan RM30K Dalam Masa 3 Tahun


Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku kepada diri anda di masa depan? Miskin atau kaya? Senang atau susah? Semestinya pernah walau sekali dalam hidup ini dan pastinya impian di masa depan adalah kaya atau sekurang-kurangnya sedikit senang.

Tapi, bagaimana untuk kita capai kesenangan di masa depan? Tentu kita harus ada perancangan ke arah itu. Duit simpanan adalah salah satu cara untuk kita sediakan dari masa sekarang untuk digunakan nanti.

Ada bermacam cara untuk buat penyimpanan duit dan juga cara untuk dapatkan jumlah tertentu dengan target dan perancangan dari masa sekarang.

Satu perkongsian yang amat menarik dikongsikan oleh Afiqah Muhamat tentang cara untuk dapatkan RM30K hanya dalam masa 3 tahun dari sekarang. Yang tinggal hanya kita mahu atau pun tidak untuk bertindak daripada zon selesa. Pilihlah mengikut kemampuan anda. Jangan hanya baca dan faham tetapi tiada usaha.

Saya mahu ada simpanan sebanyak RM30K dalam masa 3 tahun :

Oleh: Afiqah Muhamat

RM30K Dalam Masa 3 Tahun


1. Simpan konsisten RM750 sebulan dalam ASB buku biru • selama tempoh 3 tahun  atau 36 bulan. Purata dividen 7.25% setahun. Biarkan dividen compounding/ beranak di dalam akaun. Hasilnya RM30,131.00

2. Simpan konsisten RM773 sebulan dalam Tabung Haji. Selama tempoh 3 tahun atau 36 bulan. Purata dividen 5% setahun. Biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun. Hasilnya RM30,028

3. Simpan konsisten RM825 sebulan dalam bank. Selama tempoh 3 tahun atau 36 bulan. Purata bonus 1% setahun. Biarkan bonus compounding/ beranak dalam akaun. Hasilnya RM30,160

4. Melabur dalam Pembiayaan ASB/ ASB Loan RM110K. Bayaran bulanan RM604 tanpa takaful. Selama tempoh 3 tahun atau 36 bulan. Purata dividen 7.25% setahun. Profit bank 5.2%. Biarkan dividen compounding/ beranak dalam akaun. Hasilnya, dividen terkumpul: RM25,701. Baki prinsipal: RM4,951. Jumlah RM30,652

Anda ada cara atau jalan yang lebih baik? Lakukanlah. Sebelum kita berimpian nak beli rumah, nak melancong ke luar negara, nak pergi buat umrah, nak kahwin atau nak beli kereta baru pasang turbo sekali pun segalanya bermula dengan SIMPANAN.

Tiada apa yang mustahil di dunia ini, jika kita mahu, kita mesti lakukan sekarang, kita mesti berusaha sampai boleh. In shaa Allah, akan tercapai apa yang dihajati jika usaha dan nekad ada di dalam diri. Lakukanlah sekarang.

Mak kata kalau dah suka jangan tunggu lama-lama, percepatkanlah, boleh timang cucu cepat katanya.

No comments

Powered by Blogger.