Header Ads

Cara Nak Tahu Siapa Yang Log In Facebook Anda Dan Cara Untuk Selesaikannya

Facebook pada masa kini kepada semua orang umpama maklumat peribadi yang mengisahkan tentang diri kita secara keseluruhan. Setiap ciptaan manusia pasti ada kekurangan dan kelemahan begitu juga dengan facebook.


Facebook juga terdedah kepada godaman oleh mereka yang tidak bertanggungjawab jika kita tidak meningkatkan ciri-ciri keselamatan di bahagian privacy di facebook.

Terbaru, ada dikalangan pengguna facebook merungut kerana mendapati ada orang lain yang telah dapat akses ke akaun peribadinya tanpa pengetahuan pemilik akaun berkenaan apabila status-status dan gambar-gambar yang dimuat naik bukan dari pemilik akaun.

Ada beberapa cara untuk meningkatkan keselamatan agar akaun facebook tidak dapat digodam oleh orang lain dan ada juga cara untuk kita tahu siapa dan dari mana lokasi penceroboh berkenaan.

Cara Mengetahui Siapa Yang Log In Ke Fb Anda


Setelah log in ke facebook, pergi ke Setting/Security/Where You're Logged In


Dan selepas itu, anda perlu pergi ke bahagian 'End Activity' untuk menghentikan semua aktiviti dan log in yang telah diakses oleh orang lain.


Dan anda juga boleh set kan notifikasi secara automatik apabila orang lain yang log in ke akaun facebook anda, anda akan dapat notifikasi daripada facebook. Caranya seperti di bawah, Get Notification dan E-mail Login Alerts.


Sumber: Mirror.co.uk

No comments

Powered by Blogger.