Header Ads

Dapat Rezeki Terpijak Bila Pinjam DVD Dapat Duit Tunai


Houston, Amerika Syarikat - Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu? Itulah terjadi kepada seorang wanita yang menyewa satu DVD tetapi bertuah kerana mendapat 'rezeki terpijak' apabila di dalam DVD berkenaan terselit beberapa keping wang tunai. dan juga sekeping nota daripada penyewa sebelumnya.

Bersama-sama wang tunai berkenaan terdapat juga sekeping nota yang telah ditulis tangan oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai Marcos.

Nota tersebut yang ditulis oleh Marcos adalah seperti berikut; "Hello, nama saya Marcos, setiap bulan saya akan  memberikan AS$100 dolar kepada orang yang tidak dikenali.

"Untuk bulan ini, saya memutuskan untuk menukar cara dan letakkan di dalam DVD yang disewa. Tahniah, anda orang pertama yang menerima sumbangan ini untuk tahun 2017," ujar Marcos melalui nota tersebut.



Menerusi nota tersebut, Marcos menyuruh sesiapa yang menemui wang berkenaan mestilah menggunakan wang itu dengan sebaik-baiknya dan memberikan kepada orang lain yang mungkin lebih memerlukannya.

"Saya hanya meminta anda menggunakan wang itu sebetulnya dan jika tidak perlukannya, beri pada orang lain namun jika ia membantu dirimu, simpanlah ia," tulisnya lagi.

Sementara itu, seorang perempuan yang dipercayai anak kepada wanita yang menemui wang di dalam DVD tersebut yang dikenali sebagai Liz telah memuat naik satu status di laman Twitter yang berkaitan dengan penemuan itu.


Tidak lama kemudian status Liz telah jadi viral dengan cepat sekali malah berita tentang penemuan ini telah sampai kepada pengetahuan pemilik wang tersebut iaitu Marcos.

Marcos telah menulis semula status di laman Twitter ditujukan kepada Liza dengan mengucapkan rasa syukurnya apabila dapat membantu seseorang.

"Kecilnya dunia internet ini, anak saudara saya nampak Tweet anda dan menghantarnya kepada saya. Saya merasa seronok dapat membuat ibu anda gembira," tulis Marcos lagi.

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.