Header Ads

Ditinggalkan Suami Selepas Bersalin, Dua Hari Baby Tak Minum Susu Sebab Ibu Tak Makan Nasi

Kuala Lumpur - Sebak rasanya hati apabila terpandang bayi comel yang tak tahu apa-apa menangis dan terus menangis mungkin kerana kelaparan atau persekitaran yang tidak selesa di sekelilingnya. Itulah yang terjadi kepada seorang bayi dan ibunya yang ditinggalkan suami selepas bersalin.


Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial facebook, Chek Nana IV yang mendapat perhatian netizen dan telah mendapat perkongsian hampir 7 ribu perkongsian ketika ini.

Oleh: Chek Nana IV

Assalamualaikum, kesiannya aku tengok makcik dan bayinya yang berusia 2 bulan serta pakcik OKU ni. Semalam pakcik ni datang ke kedai aku dan beli nasi. Setelah siap nasi dibungkus aku serahkan kepada dia. Selepas tu dia tak boleh pegang nasi berkenaan disebabkan dia berada di atas kerusi roda. Nak bergantung memang tak boleh, bimbang nanti jatuh.

Aku terus tanya dia, "pakcik duduk mana?", dia cakap, pakcik jual tisu di depan CIMB Bank. Aku terus pergi ke sana untuk hantarkan nasi yang dibungkusnya.


Bila aku sampai di hadapan CIMB Bank, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, aku ternampak seorang makcik dengan bayinya yang mungkin berusia 2 bulan. Bayi tu sedang menangis dan menangis.

Aku berikan nasi bungkus kepada makcik tersebut dan aku sempat berborak dengan makcik berkenaan. Menurut makcik itu, dia telah ditinggalkan suami selepas makcik itu bersalin kepada bayi yang dibawanya ini. Bayi tersebut menangis teruk sangat-sangat.


Aku bertanya lagi kepada makcik itu, 'Sudah berapa hari baby ni tak minum susu?", Dia menjawab, " sudah dua hari tak minum susu, sebab makcik tak mampu makan nasi". Sambil dia menangis dan membuka bungkusan nasi yang aku berikan untuk dimakan.

Sementara makcik itu makan, aku tolong pegangkan baby tersebut sehinggalah dia tertidur dalam dakapan aku. Ya Allah, kesiannya bayi yang tak bersalah ni. Kenapa ayahnya perlu tinggalkan dia macam tu? Apa salah makcik dan bayi ni? Kejamnya si ayah memperlakukan sebegitu rupa kepada bayi yang tak tahu apa-apa ini.

Kalau sesiapa yang pergi ke CIMB Bank, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur, ringankanlah tangan untuk bersedekah kepada makcik ini dan bayinya serta pakcik OKU tersebut walaupun sekadar sepuluh sen, kata Chek Nana diakhir statusnya melalui facebook.

Jika ada sesiapa yang ingin memberikan bantuan kepada mereka, anda boleh menghubungi Chek Nana IV di facebooknya untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan makcik dan bayinya itu.

Kepada pihak yang berwajib diharap mengambil tindakan untuk membantu pakcik OKU dan makcik serta bayinya tersebut.

No comments

Powered by Blogger.