Header Ads

Ditipu Servis Pengurusan Jenazah di Hospital, Waris Si Mati Diminta Bayaran RM2K


Kematian diambil kesempatan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dengan meminta bayaran daripada keluarga si mati untuk pengurusan jenazah.

Menurut seorang lelaki yang mengakui telah menghadapi situasi berkenaan, kejadian ini berlaku di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan orang berkenaan adalah pekerja HKL, katanya.

Keluarga si mati menghadapi detik sukar berkaitan dengan kematian tetapi lelaki berkenaan mengambil kesempatan di atas kesedihan keluarga si mati.

Keluarga si mati pasti akan memilih untuk perkhidmatan pengurusan jenazah yang mudah dan cepat bagi menguruskan jenazah dengan sempurna, namun disebalik perkhidmatan ini ada niat yang tersembunyi.

Malah suspek telah menyusahkan keluarga si mati kerana keluarga si mati telah pun menghubungi pihak surau atau masjid di tempat tinggalnya dengan mengatakan pengurusan jenazah telah disempurnakan oleh pihak hospital. Tetapi sebenarnya semua itu tidak berlaku seperti yang dirancangkan.

Katanya, suspek akan menunggu sesiapa saja yang akan menguruskan kematian di wad-wad HKL dan akan mengatakan urusan jenazah boleh diuruskan secara percuma sehingga dikebumikan.

Apabila jenazah sudah berada di bilik mayat, suspek akan memperkenalkan mangsa kepada orang-orang yang menguruskan jenazah berkenaan dan orang yang dikenalkan itu akan meminta anda menyediakan wang sebanyak RM2K bagi menguruskan jenazah.

Apabila mangsa bertanyakan tentang pengurusan jenazah secara percuma seperti yang dikatakan tadi, suspek bertindak seolah-olah tidak tahu apa-apa dan dengan segera akan meninggalkan anda begitu sahaja.

Sebenarnya suspek akan mendapat komisen daripada bayaran di atas pengurusan jenazah tadi. Suspek juga dikatakan akan melengah-lengahkan masa urusan jenazah dan masa anda akan habis begitu saja kerana melayan perbualannya.

Pekerja di bilik mayat juga mengakui kes sebegini memang kerap berlaku dan nama suspek iaitu BUDIN adalah antara nama yang sering diperkatakan untuk kerja pengurusan jenazah di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Diharap kepada semua rakan-rakan dan sesiapa yang ingin menguruskan pengebumian jenazah di HKL, diminta berhati-hati supaya waktu pengurusan jenazah tidak terganggu dan duit anda tidak habis begitu saja.

Mangsa juga meminta agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap orang-orang seperti Budin supaya kejadian yang sama tidak berulang dan tidak terjadi kepada orang lain.

No comments

Powered by Blogger.