Header Ads

Emas Berusia Lebih 100 Tahun Berbentuk Syiling Ditemui Tersorok Dalam Piano Lama

LONDON – Sejumlah emas yang dipercayai berusia lebih 100 tahun telah ditemui tersembunyi di dalam sebuah piano lama di Shropshire.


Menerusi BBc, semuanya bermula apabila seorang pemilik baru piano tersebut telah menghantar instrumen itu untuk dibaiki ke sebuah kedai.

Emas berkenaan dikenalpasti berbentuk syiling yang dikatakan sengaja disorokkan ke dalam piano tersebut semenjak lebih daripada 100 tahun dahulu.

Jurucakap Muzium British, Peter Reavill mengatakan penemuan itu adalah sangat mengejutkan orang ramai dan maklumat awal mendapati piano berkenaan dibuat oleh Broadwood & Sons of London.

Piano berkenaan telah dijual pada tahun 1906 kepada sebuah kedai muzik di Saffron Walden, Essex dan maklumat mengenai instrumen berkenaan tidak diketahui sehinggalah pada tahun 1983 yang menunjukkan ia dibeli oleh sebuah keluarga yang kemudiannya berpindah ke Shropshire.

Pemilik baharu piano itu kemudiannya memberitahu tentang penemuan itu kepada Pusat Sumber Muzium Ludlow.

Pemilik baharu berkenaan pergi ke muzium dan meletakkan kesemua emas di atas meja dan saya amat Peter Reavil sangat terkejut kerana dia tidak pernah melihat sesuatu seperti itu.

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut tentang emas itu boleh didedahkan ketika usaha giat dilakukan bagi mencari pemilik sebenar khazanah tersebut.

Sumber: Utusan Online dan BBC.com

No comments

Powered by Blogger.