Header Ads

Faiz Subri Memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016

KUALA LUMPUR - Sejarah telah tercipta untuk pertama kalinya bagi sejarah bola sepak negara dan asia apabila Faiz Subri telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.


Penyerang sensasi Pulau Pinang itu telah memenangi anugerah jaringan terbaik apabila dikatakan jaringan ajaibnya yang berpunca daripada sepakan percuma yang melencong seperti 'banana kick' disifatkan 'melanggar' hukum fizik' membolehkan dia menang di Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.

Dengan kemenangan ini meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain ternama yang lain yang pernah memenangi anugerah yang sama seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

Anugerah berkenaan telah disampaikan kepada Faiz oleh pemain lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Menurut Berita Harian, kemenangan ini telah pun dijangka berdasarkan video jaringan Faiz di laman Youtube FIFA mendapat sokongan padu dan kekal mendahului saingan daripada semua peminat bola sepak seluruh dunia.

Kemenangan ini juga dikatakan telah mengecewakan hasrat dan impian bumi Amerika Selatan apabila Marlone dari Brazil dan pemain wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez telah kalah.

Jaringannya itu juga dianggap terlalu istimewa dan ajaib apabila sukar untuk dihasilkan semula berbanding dua jaringan pencabarnya yang dilihat kerap kali dilakukan oleh pemain bola sepak profesional sebelum ini.

Anak kelahiran Air Hitam, Kedah itu melakukan jaringan yang menggegarkan dunia bola sepak antarabangsa itu ketika aksi Liga Super bertemu Pahang di Stadium Bandaraya, Februari tahun lalu.

Selain muncul selaku pemain Asia pertama yang mara ke peringkat itu, Mohd Faiz turut mencipta kejutan apabila menewaskan jaringan yang dilakukan beberapa bintang ternama termasuk duo penggempur Barcelona, Lionel Messi serta Neymar.

Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA
2009: Cristiano Ronaldo
2010: Hamit Altintop
2011: Neymar
2012: Miroslav Stoch
2013: Zlatan Ibrahimovic
2014: James Rodriguez
2015: Wendell Lira

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.