Header Ads

Gadis Jadi Popular Makan mi Dalam Mangkuk Tandas


Washington - Mudahnya nak jadi popular pada zaman internet ini. Muat naik gambar pelik dan tak boleh terima dek akal pasti anda akan jadi tular di media sosial dengan cepat.

Remaja yang dikenali Hannah Hepler, 19 dan kawannya merakamkan sekeping gambar dimana Hannah sedang menyuap mi yang dimasukkan ke dalam mangkuk tandas. Memang geli dan meloyakan.

Mereka telah memuat naik gambar berkenaan di media sosial dengan keterangan gambar berkenaan: “Apabila tiba giliran membasuh pinggan dan semua mangkuk di rumah kotor kecuali ini.”

Mereka tidak menyangka gambar ini telah jadi viral di media sosial dan dikongsi beribu kali sera mendapat respon serta ugutan dari pengguna media sosial.

Menurut mereka, “Kami sangat teruja dan tidak sangka gambar itu membuatkan kami popular,” katanya.
Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.