Header Ads

Harus Tiduri 32 Orang Gadis Perawan Kerana Tuntutan Syarat Ilmu Hitam

Kerana tuntutan syarat ilmu hitam, seorang lelaki sanggup merogol dan menculik anak jirannya demi memenuhi syarat yang ditetapkan.


Lelaki berkenaan yang dipercayai pengamal ilmu hitam perlu memperkosa mangsa RS, 15 tahun, di hadapan isterinya untuk memenuhi syarat ilmu hitam yang diamalkannya.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Alias Toni, berusia 43 tahun, telah ditangkap polis. Pada mulanya polis menyangka perbuatan Toni itu adalah disebabkan dendam kepada ibu bapa mangsa, rupanya dia mengamal ilmu  yang salah.

Seperti yang dilaporkan Sinar Harian, polis AKP Afrito M memberitahu, Toni berkata dia harus memperkosa 32 gadis yang masih dara supaya ilmu yang dituntutnya akan menjadi sempurna.

Toni juga telah mengaku kepada polis dia sebenarnya menuntut ilmu Mego Nondho dan Semar Mesem, kata Afrito iaitu jurucakap polis di Muarabungo, ibu kota Kabupaten Bungo, menerusi laporan Liputan 6.

Dua jenis ilmu hitam yang diamalkan oleh Toni itu dikatakan boleh 'mendatangkan' harta yang berlimpah ruah apabila syarat-syaratnya dipenuhi olehnya, namun belum apa-apa lagi, Toni sudah ditangkap dan ditahan polis.

Menurut Toni lagi dia juga mengaku telah berjaya meniduri 17 orang anak gadis perawan dan yang terbaru dan terakhir adalah RS.

"Daripada pengakuannya, mangsa adalah berasal dari beberapa Daerah bermula dari Lampung sehingga ke Jambi," kata AKP Afrito.

Kini Toni bersama isterinya Robina sudah ditahan reman di balai polis Mapolres Bungo, pasangan suami isteri itu akan didakwa di bawah Undang-Undang Indonesia menurut pasal 81, perenggan 1, Jo, 76D undang-undang nombor 35, 2014 mengenai perlindungan kanak-kanak.

Mereka berdua berhadapan hukuman penjara 20 tahun dan denda RP 5 milliar.

Terdahulu, tindakan Toni dan Robina terbongkar selepas kisah kehilangan RS menjadi bualan bualan penduduk Sungai Lilin, Daerah Tanah Sepenggal, Kota Bungo sehingga membawa kepada penangkapan mereka berdua.

RS dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu dan sejak itu polis menjalankan siasatan sehinggalah mereka berdua ditangkap.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.