Header Ads

Ibu Sebarkan Dilema Anak Demi Masa Depannya

Johor Bahru - Kerana tiada lagi pilihan lain demi masa depan anak yang disayangi, seorang ibu terpaksa menyebarkan kisah anaknya yang memerlukan bantuan untuk menunaikan hasrat anaknya yang ingin menyambung pelajaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Johor Bharu.


Menurut Suriani, 33, anaknya menghadapi masalah untuk membayar yuran pendaftaran ke asrama penuh itu dan meminta orang ramai yang prihatin agar dapat membantunya.

Katanya, dia telah berusaha untuk mendapatkan bantuan dengan berbagai cara termasuk menerusi jabatan yang berkaitan, namun gagal dan tidak dapat sebarang maklum balas dan jawapan sehingga kini.

Berikutan itu, dia telah menyebarkan kisah anaknya Lisa, 14, di facebook dengan tujuan memohon bantuan. Menerusi bantuan seorang pengguna facebook iaitu Kuan Chee Heng yang amat dikenali ramai, kisah anaknya dengan pantas tersebar.

Setelah Kuan Chee Heng memuat naik status meminta orang ramai membantu keluarga Suriani, ternyata ramai pengguna facebook ingin membantu dan memberi respon yang sangat baik. Ada di antara mereka yang meminta nombor akaun bank Suriani. Terima kasih Malaysia.

Terkini, Harian Metro juga ada menulis kisah ini. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.