Header Ads

Ibu Terkejut Besar Bayinya Baru Dilahirkan Seberat 6 Kilogram

Foto - The Sun
Melbourne, Australia - Bayi yang baru sahaja dilahirkan dengan berat yang mungkin tiada pada bayi lain iaitu seberat 6 kilogram. Ibu muda berkenaan sangat terkejut dengan berat bayinya sebegitu.

Menurut berita yang dilaporkan, ibu muda berkenaan Natashia Corrigan, pernah mengimpikan untuk mendapatkan bayi besar iaitu comel dan berisi, akhirnya impiannya telah dikabulkan apabila Brian Junior dilahirkan dengan berat sedemikian. Brian Junior telah dilahirkan secara normal.

Foto - The Sun
Menurutnya, kakitangan hospital dan suami memberikan sokangan dan pertolongan sepanjang tempoh kelahiran.

"Oleh kerana begitu besar, ia agak sukar dan mereka terpaksa mendapatkan beberapa kakitangan tambahan untuk membantu.

Menurut jururawat yang mendaftarkannya, Julie Kane adalah bayi yang paling besar pernah dilahirkan di hospital itu sejak ia berpindah ke Heidelberg.

Sementara itu, suami Brian Liddle memberitahu 7News, kelahiran itu 'agak menakutkan' tetapi semua berada dalam keadaan baik.

Foto - 7 News
Liddle mengakui sangat teruja selepas mengetahui anak lelakinya itu adalah bayi paling besar di Victoria

"Saya masih terkejut, ia suatu menakjubkan. Saya tidak menyangka dia akan sebesar ini," katanya. - news.com.au

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.