Header Ads

Jamal Yunos Dakwa Ada Tauke Mesin Judi Berikan Beg Berisi Wang RM1 Juta

Melalui satu status facebook Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos atau lebih dikenali sebagai Jamal Jamban mendakwa telah menerima banyak panggilan daripada tauke-tauke mesin judi untuk berjumpanya dengan niat menawarkan duit iaitu rasuah.


Dia berkata tauke-tauke judi menawarkan wang ringgit dengan jumlah bayaran yang amat memeranjatkannya serta akan dibayar pada setiap bulan.

Menurutnya lagi dia baru saja terserempak dan diekori oleh mereka, malah tauke judi tersebut memberikan kepadanya satu beg yang dikatakan berisi wang yang bernilai RM1 juta.

Namun, Datuk Jamal tidak mengambilnya dan mencampakkan semula beg yang berisi duit itu kepada tauke judi berkenaan.

Tujuan mereka memberi wang tersebut kepada Datuk Jamal adalah kerana ingin 'membelinya' untuk memudahkan mereka menjalankan perniagaan mereka yang berkaitan dengan judi.

Datuk Jamal menegaskan, dia bukannya seperti yang mereka sangkakan dengan mudahnya menerima rasuah.

Menurut Datuk Jamal lagi, kedai kegiatan mesin judi di Selangor dan seluruh Malaysia haruslah dihapuskan.

Sumber: Datuk Jamal Yunos

No comments

Powered by Blogger.