Header Ads

Kerana Dendam Dengan Bekas Isteri Bapa Kejam Mendera Bayi Tanpa Belas Kasihan

ARAB SAUDI - Tergamaknya seorang ayah mendera anak sendiri hanya kerana ingin membalas dendam terhadap isterinya yang tidak mahu tinggal bersama.


Gambar dan video bayi malang ini telah jadi viral di media sosial dan telah dikongsikan dengan jumlah kongsi hampir ratusan ribu kali.

Posted by Rachel Sarao on Wednesday, 11 January 2017


Melalui pemuat naik gambar dan video berkenaan, kejadian yang menyedihkan ini telah berlaku di bandar Mekah yang mana si suami kerapkali mendera bayinya dengan mengoncang kepalanya serta menampar tanpa belas kasihan dan lelaki itu juga telah mencampurkan susu dan air pepsi untuk diberikan kepada bayinya malah dia juga merokok berdekatan dengan mangsa.


Kesemua tindakan lelaki itu telah dirakam dan dihantar kepada ibu bayi berkenaan yang dikata telah berpisah dengan lelaki itu yang telah merampas bayi itu daripada ibunya.


Ibu kanak-kanak itu telah membuat laporan polis untuk mendapatkan semula anaknya. Kes ini telah menjadi siasatan polis. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.