Header Ads

Kerana Mimpi Arwah Masih Hidup Kuburnya Digali Semula

Bulukumba, Indonesia - Kerana desakan keluarga ketua kampung yang telah meninggal dunia beberapa hari lalu, penduduk kampung Tanah Harapan sepakat bersetuju untuk menggali semula kubur si mati setelah keluarganya selalu bermimpi arwah masih hidup.


Seramai lebih 3,000 penduduk kampung berkumpul untuk menyaksikan upacara penggalian kubur si mati iaitu ketua kampung Tanah Harapan yang dikenali sebagai Umar.

Umar yang amat dikenali di kampungnya kerana amat berjasa dan menolong penduduk kampung telah pun meninggal dunia pada 13 Disember lalu.


Menurut keluarga si mati iaitu isterinya, Mira, 40, mereka perlu menggali kuburnya kerana dia sering bermimpi yang lelaki itu masih hidup serta merayu agar kuburnya digali dan meminta segera dikeluarkan.

Selepas mayat dikeluarkan daripada kubur ternyata mimpi keluarga arwah tidak benar sama sekali malahan jenazah telahpun berbau. Akhirnya mayat ketua kampung itu ditanam semula dan doa dibacakan setelah selesai ditanam. - Koleksi Viral



Sumber: Evi Adnan Kasogi & Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.