Header Ads

Lelaki Menipu Dan Menyamar Jadi Doktor Hanya Kerana Nak Jual Insuran Di Sekolah

Seorang lelaki yang mengakui dirinya adalah seorang doktor dan juga seorang wakil penjual insuran berniat untuk menipu orang ramai dan juga pihak-pihak sekolah. Namun taktiknya berjaya dikesan oleh individu-individu yang hebat.

Sebelum merebaknya kes sebegini, pihak sekolah dan orang ramai masih lagi mampu untuk membendung permasalahan ini dengan lebih baik iaitu dengan berhati-hati. Ikuti perkongsian seperti di bawah untuk mengetahui hal berkaitan dengan lebih lanjut.


Pada 28 Mac 2016, seorang yang bergelar sebagai Doktor Al Khuwaled telah datang ke sekolah Taman Seroja di Sepang, Selangor untuk memberi Taklimat berkenaan kesihatan, rawatan dan kesan kewangan.
Walaupun kejadian ini telah berlaku lama dan telah kami bongkarkan, tetapi kami ingin menceritakan balik agar menjadi pengajaran kepada kita semua.

Dia mengaku bahawa dia mempunyai kepakaran dalam bahagian jantung dan sekarang ini berkhidmat di Hospital Putrajaya.

Bukan setakat memberi ceramah kesihatan, dia juga cuba menyelit perkara2 lain seperti pengurusan kewangan dan akhirnya mempromosikan jualan insurannya.

Beberapa fakta yang kami dapat cungkil daripada perkara ini:

1) Nama Al Khuwaled tidak tersenarai pun di dalam senarai doktor2 yang berdaftar di Malaysia. Ini bermaksud Al Khuwaled bukanlah doktor seperti yang dia canangkan.

Anda semua boleh semak pada link ini: Cuma masukkan nama dia sahaja

http://apps.mmc.gov.my/searchmmc/main_search.php

2) Ironinya, tiada pakar cardiology(pakar jantung) pun yang berkerja di Hospital Putrajaya. Kes2 yang berkaitan dgn jantung, kebanyakkannya di rujuk kepada Hospital Serdang.

3) Sangat jarang kita mendengar doktor pakar yang juga berkerja sebagai penjual insuran. Hanya doktor penipu seperti khuwaled sahaja yang menjual insuran.

4) Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia, scammers menggunakan gelaran doktor untuk mendapatkan kepercayaan orang biasa dan seterusnya menjalankan kerja penipuannya. Dalam kes ini, dia menyamar sebagai doktor supaya dapat menjual insuran.

5) Disebabkan sistem perundangan kita yang tidak tegas melawan puak2 penipu yang menyamar sebagai doktor, profesor, datuk dan sebagainya, maka mereka berleluasa merebak bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan.

6) Rakyat pun menjadi semakin tidak cerdik disebabkan mengikut pemahaman mereka yang akan dilaknat Allah ini.

Kami menasihati kepada pihak sekolah tersebut dan juga mana2 pihak yang menerima jemputan ceramah daripada mana2 doktor supaya menyemak dahulu status penceramah tersebut agar anda tidak ditipu oleh puak2 yang cuba mencari keuntungan dunia yang sedikit dengan cara menipu.

Sumber: Pseudoscience Watch

No comments

Powered by Blogger.