Header Ads

Lindsay Lohan Tulis 'Alaikum Salam' Dan Padam Semua Foto di Instagram

Dunia pernah digemparkan dengan penyebaran gambar Lindsay Lohan yang sambil berjalan memegang naskah Al Quran. Dia juga pernah berkata yang dirinya sedang mempelajari Al Quran. Pada hujung tahun lalu juga dia banyak menghabiskan masanya di kem pelarian Syria dengan memakai tudung.

Foto - Lindsay Lohan Fan Page

Terkini, Lindsay Lohan dikhabarkan telah memadam kesemua gambarnya yang ada di dalam akaun Instagram dan telah menulis perkataan 'Alaikumsalam' di profile Instagramnya. Berkemungkinan besar ini adalah langkah pertama yang diambil Lohan untuk memeluk Islam, namun Lohan belum mengakuinya.
Dia juga yang berusia 30 tahun dikatakan akan berpindah ke Dubai kerana mempunyai perniagaan di sana. Lohan juga mengatakan dia ingin meluangkan hampir kesemua masanya bersama pelarian di Turki dan akan memulakan perniagaan produksinya di Dubai.

Menurut Lindsay melalui rancangan TV Turki Haber Turk, dia mempunyai rakan karib yang bersamanya di London adalah dari kalangan orang Arab dan kawannya telah memberikannya Al Quran dan dia telah membawa Al Quran itu ke New York kerana ingin pelajari lagi tentang Al Quran.

Lindsay Lohan, Foto - MuslimPress.com
"Al-Quran membuka pintu hati saya untuk mendalami rohani, untuk mencari satu lagi maksud sebenar. Ini adalah siapa saya".

Semoga semua keinginan Lindsay Lohan dipermudahkan dan jika benar dia ingin memeluk Islam, semoga ramai yang akan menolongnya dan membimbingnya ke arah yang lebih baik.

Sumber: MuslimCouncil.org

No comments

Powered by Blogger.