Header Ads

Majlis Khatam AL Quran Gempar iPhone 6 Plus Meletup Dalam Poket Seluar

Rawang, Selangor - Suasana Majlis Khatam Al Quran menjadi kecoh apabila iphone 6 plus kepunyaan seorang lelaki meletup secara tiba-tiba di dalam poket seluarnya ketika menghadiri majlis berkenaan.


Dalam kejadian yang berlaku pada 8 January lepas di Kampung Kenanga, Rawang, Selangor, peha lelaki berkenaan didapati cedera dan kulit mengelupas seperti di dalam gambar.

Kisah ini diceritakan oleh seorang wanita melalui facebooknya Bee Eza dan menyatakan kejadian berkenaan berlaku kepada suaminya.



Menurut wanita tersebut,mereka telah pun pergi ke kedai di mana telefon iphone 6 plus itu dibeli memandangkan telefon tersebut masih mempunyai jaminan selama satu tahun. Namun, kedai telefon berkenaan yang terletak di Sungai Buloh menyatakan mereka perlu membuat siasatan terlebih dahulu dan enggan menukarkan telefon berkenaan kepada yang baru.




Disebabkan keengganan kedai berkenaan untuk berkerjasama, mereka dengan segera membuat laporan polis serta melaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membuat siasatan lanjut.



Kita sering mendengar kejadian seperti ini kerap berlaku sama ada di Malaysia dan luar negara. Semoga semua pengguna telefon lebih berhati-hati menggunakan peranti jenis ini di masa hadapan.

Sumber : Bee Eza

No comments

Powered by Blogger.