Header Ads

Meninggal Dunia Dalam Keadaan Bersujud Selepas Solat Berjemaah

Jawa Timur, Indonesia - Seorang lelaki didapati meninggal dunia dalam keadaan bersujud ketika solat isyak berjemaah di sebuah masjid di Lawang, Malang, Jawa Timur.

Sujud Terakhir

Menurut laporan daripada pengguna laman sosial facebook, Mbah Gumul Kusairi, lelaki itu dikenali sebagai H. Miftah Ariffin adalah seorang penduduk kampung yang amat disenangi dan juga adalah seorang yang sentiasa memandikan jenazah jika ada kematian di kampungnya.

Dikatakan arwah meninggal dunia dalam keadaan sujud terakhir pada hari Selasa, 3 Januari selepas waktu solat isyak. Menurut petugas masjid, arwah tidak langsung bangun daripada sujudnya ketika kesemua jemaah telah selesai menunaikan solat isyak.


Oleh kerana hairan dengan keadaan itu, salah seorang daripada jemaah cuba mendekatinya, teryata arwah telah meninggal dunia.


Beruntungnya arwah kerana dijemput oleh Allah dalam keadaan selepas solat. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.

Sumber:Mbah Gumul Kusairi

No comments

Powered by Blogger.