Header Ads

Mohd Azarul Remaja Hilang Di Bukit Broga Ditemui Selamat Di Tempat Dia Dikatakan Hilang


Kuala Lumpur - Remaja lelaki yang dikatakan telah hilang di Bukit Broga, pada Ahad lalu, telah ditemui selamat, lapor Utusan Malaysia dan Harian Metro

Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, dia telah dijumpai oleh sekumpulan pendaki yang kebetulan sedang mencari kawasan puncak Gunung Tok Wan iaitu di antara puncak Bukit Broga dan Gunung Tok Wan.

Difahamkan Mohd Azarul ditemui di tempat di mana dia dikatakan hilang. Menurut Mohd Azarul yang memberitahu kepada wartawan, dia hanya berada di tempat yang sama iaitu pusing-pusing di tempat itu juga, katanya.

Terdahulu, Mohd Azarul dikatakan telah mendaki Bukit Broga bersama lima kawan-kawannya pada hari Ahad lepas iaitu sekitar jam 4 petang. Dia dikatakan hilang setelah mendaki ke puncak bukit tersebut.

Berikut adalah gambar-gambar Mohd Azarul yang berasal dari Pantai Merdeka, Kedah, bersama ibu dan ayah serta ahli keluarganya.





Source

No comments

Powered by Blogger.