Header Ads

Motosikal Kapchai Berkemungkinan Akan Diharamkan Memasuki Bandaraya Kuala Lumpur - Tengku Adnan

Motosikal bersaiz kecil atau Motosikal Kapchai dikatakan bermungkinan akan diharamkan memasuki bandaraya Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangi pelepasan karbon.


Laporan daripada The Star, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, mereka melihat dengan melarang motosikal memasuki ke Kuala Lumpur dapat membantu peningkatan pengunaan pengangkutan awam yang boleh didapati pada harga yang berpatutan.

"Pada siang hari, penduduk (di bandar) meningkat kepada antara lima dan tujuh juta kerana pekerja berulang-alik ke tempat kerja.

"Banyak bandar tidak membenarkan kap chai datang.

"Tetapi kajian telah menunjukkan bahawa ramai orang masih memerlukan motosikal kerana mereka daripada golongan berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk mendapatkan kenderaan lain.

"Sebaik sahaja pengangkutan awam lebih murah boleh didapati, kita akan melihat kemungkinan tidak membenarkan motosikal kapchai ke bandar," katanya pada majlis pelancaran kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan semalam.

Katanya, motosikal ini juga telah digunakan oleh peragut di bandar.

Seperti pengharaman beg plastik dan bekas polistiren, Tengku Adnan berkata kementerian itu merancang untuk bertindak sebagai pembekal produk-produk mesra alam untuk peniaga-peniaga.

Beliau berkata langkah itu adalah untuk mengurangkan beban pengguna.

Sumber: The Star

No comments

Powered by Blogger.