Header Ads

Neelofa Inginkan Seorang Lelaki Yang Wajib Ada 4 Sikap Ini


Bila ditanyakan soal jodoh kepada pelakon dan pengacara cantik ini, Neelofa, jawapan yang diberikan ialah neelofa mendoakan semoga dipertemukan dengan seseorang yang terbaik baginya.

Menerusi Media Hiburan, Neelofa mengakui, jika boleh dia ingin kahwin pada tahun ini atau pun lagi setahun dua. Katanya dia tidak ingin bercinta sangat dan yang paling penting adalah terus dapat bernikah dengan jayanya.

Kata Neelofa lagi, dia mempunyai kriteria sendiri terhadap lelaki yang dia ingini untuk dijadikan suami. Lelaki yang diinginkan Neelofa wajib mempunyai empat sikap seperti berikut:

4 Sikap Lelaki Idaman Neelofa

  • - Jujur
  • - Bertanggungjawab
  • - Menghargai
  • - Menghormati Neelofa


Kata Neelofa lagi, "Iyalah kalau dapat yang jujur tapi tak hormat orang tak hargai diri you dan tak bertanggujawab tak guna juga.  Jadi, si dia perlu ada semua karakter ini".


Apabila ditanyakan berkaitan dengan jodohnya dengan seseorang yang terlibat dengan industri seni, Neelofa dikatakan ada jawapan yang tersendiri dan mungkin juga dia menerimanya.

Soal maut dan jodoh di tangan Tuhan. Sesiapa pun lelaki berkenaan pasti Neelofa akan menerimanya, bukan? Semoga Neelofa menemui lelaki idaman yang terbaik untuknya.

Sumber: Media Hiburan & Neelofa

No comments

Powered by Blogger.