Header Ads

Nenek 92 Tahun Dikurung Bertahun-Tahun Dalam Kandang Oleh Anak Menantu

China - Seorang nenek berusia 92 tahun dijumpai terkurung di dalam sebuah kandang babi di Guangxi. Nenek berkenaan dikatakan telah dikurung selama beberapa tahun oleh anak dan menantunya.


Satu rakaman video yang telah viral di negara China menunjukkan nenek berkenaan terkurung dalam satu kandang yang berjeriji besi.


Melalui video yang berdurasi 1 minit dan 11 saat tersebut kelihatan wanita itu memberitahu kepada beberapa orang penyelamat dengan mengatakan bagaimana dia berada di situ dan sebagainya.


Nenek berkenaan yang dikatakan dikenali sebagai Yang itu dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasangan berkenaan iaitu anak dan menantu nenek malang itu ditahan polis kerana terlibat dengan kes penganiayaan manusia.

Sumber: Shanghaiist

No comments

Powered by Blogger.