Header Ads

Netizen Tertanya Mengapa TMJ Senyum Lebar Dalam Video Berdurasi 4 Saat


KUALA LUMPUR - Heboh di media sosial apabila netizen tertanya-tanya berkaitan dengan satu video yang berdurasi 4 saat yang telah dimuat naik di facebook Johor Southern Tigers.

Menurut Berita Harian seperti yang dilaporkan, video berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Di dalam video yang berdurasi 4 saat itu kelihatan Tunku Ismail (TMJ) mengangkat kening dan tersenyum lebar, apakah maksud disebalik senyuman itu? Hanya mereka yang mengikuti perkembangan kelab bola sepak tersebut sahaja yang mungkin tahu.

Katanya, semua ini disebabkan kemelut antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dan Tunku Ismail. Ia dimuat naik beberapa jam selepas Annuar diminta bercuti sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta hari ini, berkaitan tajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Malah pendedahan berkaitan penajaan itu juga dilakukan oleh Tunku Ismail di laman berkenaan, walaupun Annuar tampil menafikan sebarang salah laku dalam urusan penajaan itu. Sebelum ini, Annuar turut memuat naik ikon ketawa sejurus selepas kekalahan JDT di tangan Kedah dalam perebutan Piala Sumbangsih 20 Januari lalu, lapor Berita Harian.

Antara komen netizen di facebook Kelab Johor Southern Tigers:


Video daripada Tunku Ismail

No comments

Powered by Blogger.