Header Ads

Papan Tanda Hollywood Ditukar Menjadi Hollyweed

Polis Los Angeles sedang mencari suspek yang mengubah huruf papan tanda Hollywood yang menjadi "Hollyweed" pada Malam Tahun Baru, menurut beberapa laporan.


Di media sosial hangat memperkatakan tentang kenapa huruf papan tanda ini ditukar.

Sgt. Robert Payan dengan Perkhidmatan Keselamatan Jabatan Polis Los Angeles memberitahu bahawa pegawai yang bertugas dan ditempatkan di kawasan papan tanda itu tidak perasan dan tidak melihat papan tanda tersebut pada malam kejadian menyambut tahun baru.

Beliau berkata walaupun terdapat rakaman melalui pihak keselamatan, masih belum ada suspek yang dikenal pasti.

Jurucakap bahagian Hollywood, jabatan itu memberitahu bahawa unit vandalisme telah dipanggil untuk menyiasat kes ini dengan lebih mendalam.


Personaliti televisyen Montel Williams mendapati kejadian itu bukan untuk dihadikan bahan ketawa.

Sebagai aktivis ganja yang terkenal, saya menganggap tentang vandalisme Hollyweed ini tidak lucu dan berharap mereka yang melakukannya dengan segera ditangkap.
Beliau mengutuk kepada si pelaku di dalam laman Twitternya.

Dikatakan ini bukan kali pertama papan tanda atau Vandal ini telah diubah sedemikian rupa.

Kes yang sama telah berlaku pada sambutan Hari Tahun Baru pada tahun 1976, menurut Los Angeles Times.


Sumber: CNN

No comments

Powered by Blogger.