Header Ads

Pelajar 16 Tahun Tolak Tawaran Jual Website RM28 Juta

Foto - Mohamed Ali

YORKSHIRE, BRITAIN - Semasa umur anda 16 tahun, apa yang anda lakukan? Main bola, ponteng kelas dan macam-macam lagi di usia berkenaan. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk menjadi jutawan ketika itu? Mungkin tidak. Kehidupan penuh dengan kegembiraan di usia begitu adalah perkara biasa.

Lain halnya yang terjadi kepada seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun di Britain, Mohamed Ali, seorang jutawan muda yang memiliki aset maya yang berharga jutaan ringgit.

Terkini, dia telah ditawarkan sebanyak £5juta (RM28j) oleh seseorang yang ingin membeli laman web miliknya, weneed.com. Namun, Ali telah menolak tawaran tersebut dengan baik serta menyatakan nilai laman webnya akan lebih tinggi di masa depan.

Katanya, alasan utama dia telah menolak tawaran itu kerana, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya?

Foto - Keluarga Mohamed Ali

Difahamkan tawaran berkenaan juga telah ditolak semasa bulan Disember, sebelum perayaan Hari Krismas.

Menurut pelajar A Level dari Dewsbury itu, dia telah bertemu dengan pelabur di London, mereka daripada syarikat data global dan mereka tidak menyangka yang Ali telah membangunkan laman web berkenaan.

Ali juga menyatakan dia sedar akan risiko yang besar apabila telah menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika itu namun dia mahu mencipta sesuatu untuk dirinya sendiri.

Ini bukan pertama kali dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.

Sebelum ini projek permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan £30,000 (RM 167,735) pada tahun 2012.

Usahasama bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan pada 28 Januari ini. - Metro.uk

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.