Header Ads

Pembayaran BR1M Akan Bermula Pada 18 Februari - Najib Razak


KUALA LUMPUR - Semua penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh menarik nafas lega apabila kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia mengatakan 18 Februari 2017 adalah tarikh sebenar pembayaran BR1M.

Pembayaran BR1M akan mula dikreditkan ke akaun kesemua penerima BR1M pada tarikh berkenaan dan agihan BR1M juga dikatakan secara berperingkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap semoga bantuan itu dapat membantu penerima BR1M, lapor Sinar Online.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

"Sukacita saya maklumkan, Insya-ALLAH BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, semalam.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. – Bernama

No comments

Powered by Blogger.