Header Ads

Pengedar Dadah Terjun Sungai Elak Ditangkap Polis

Jertih, Terengganu - Seorang lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah mati lemas setelah terjun ke dalam sebuah sungai di Kampung Bekok, Hulu Besut semalam jam 5.20 petang.


Lelaki berkenaan dipercayai menjadi buruan polis kerana terbabit dalam kes dadah. Dia yang berumur 28 tahun itu melarikan diri apabila terserempak dengan anggota polis ketika polis membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Lelaki itu yang memandu kereta Perodua Axia memecut laju apabila ternampak kereta peronda polis dan terbabas ke kanan jalan. Apabila polis cuba menghampirinya dia sempat melarikan diri dan terjun ke sungai untuk mengelakkan dirinya ditangkap.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dipanggil untuk membantu mencari lelaki berkenaan.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa terpaksa ditangguhkan pada jam 7 malam tadi kerana tidak menjumpainya dan katanya akan disambung esok.


Hasil pemeriksaan di dalam kereta milik lelaki berkenaan, polis telah menemui enam bungkusan plastik biru yang setiap satu mengandungi 200 biji pil kemerahan yang dipercayai sejenis dadah methamphetamine yang kesemuanya berjumlah 1,200 biji dan sembilan tiub dadah jenis syabu.

Terkini, melalui status seorang pengguna facebook menyatakan mayat lelaki berkenaan yang terjun ke dalam sungai telah dijumpai.


Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.