Header Ads

Peniaga Kopiah Jelaskan Perkara Sebenar Dakwa Diaibkan Datuk Aliff Syukri


Prank, sebenarnya tujuan prank adalah sekadar gurauan katanya. Sesetengah orang boleh menerima prank dengan hati yang terbuka. Namun tidak semua manusia suka apabila dipermainkan.

Begitu juga halnya dengan satu kes kontroversi yang mengejutkan media sosial di mana kes peniaga kopiah yang kecewa dengan kenyataan Datuk Aliff Syukri dalam siaran program TV Oh Abang Kosmetik (OAK) yang telah dilakonkan Aliff Syukri pada 18 Disember lepas di kedai peniaga berkenaan di Tapak Pasar Tani, Bazarena Stadium Shah Alam sekitar jam 8 pagi.

A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Kisah ini bermula apabila Datuk Aliff menyamar sebagai pengemis atau peminta sedekah yang dikatakan bertujuan untuk melihat reaksi peniaga di Malaysia.

Difahamkan peniaga berkenaan langsung tidak menyedari ketika beliau berinteraksi dengan pengemis berkenaan telah dirakamkan. Ketika itu Aliff Syukri menyamar sebagai orang tua miskin dan merayu untuk memiliki kopiah dan dikatakan peniaga berkenaan menghalau orang miskin itu. Sila lihat video di bawah untuk mendapat kepastian.


Di bawah ini adalah komen balas pemilik kedai kopiah melalui facebooknya Jebat Derhaka yang mendakwa diaibkan dan memohon Datuk Aliff menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Katanya komen ini juga telah dipadamkan.

Terkini, netizen dikatakan telah menggesa Datuk Aliff Syukri memohon maaf di atas apa yang telah berlaku antara mereka. Mungkin dengan cara bertemu muka dan bermaafan boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik.

No comments

Powered by Blogger.