Header Ads

Polis Trafik Robot Menangkap Pejalan Kaki Yang Melanggar Peraturan Lalulintas


Beijing - Jika anda pejalan kaki dan melakukan kesalahan serta melanggar undang-undang lalulintas di bandaraya China, jangan terkejut jika anda disapa oleh polis trafik robot.

China amat dikenali di dunia dengan sikap buruk mereka di jalan raya. Disebabkan itulah China mula menggunakan khidmat polis trafik robot untuk memperbetulkan sikap dan tabiat penduduk bandaraya berkenaan.


Robot tersebut yang telah direka khas untuk menjadi polis trafik mampu untuk menghantar isyarat melalui tindak balas tangannya serta boleh menyampaikan amaran secara lisan kepada pejalan kaki yang melakukan kesalahan. Lampu secara automatik menyala sebagai tanda peringatan.

Manakala, di kepala robot berkenaan dilengkapi kamera pengawasan yang bertindak sebagai perakam kesalahan yang dilakukan oleh pejalan kaki. Semua kejadian yang dirakamkan akan dijadikan sebagai bukti apabila berlakunya kemalangan yang tidak diingini.


Robot ini boleh dijumpai di persimpangan jalan di bandar Xiangyang di wilayah Hubei, tengah China, ia telah diprogramkan untuk memberitahu dan menahan pejalan kaki yang melakukan kesalahan seperti melanggar lampu isyarat.

Dengan adanya polis trafik robot berkenaan sedikit sebanyak mampu memperbetulkan sikap serta tabiat buruk semua penduduk bandar tersebut.

Sumber: Harian Metro, DailyMail

No comments

Powered by Blogger.