Header Ads

Respon Datuk Aliff Syukri Terhadap Nik Abduh Akibat Teguran Iklan Menjolok Mata

Media sosial dikejutkan dengan satu berita yang mendapat perhatian netizen beberapa hari lalu apabila Nik Mohamad Abduh, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan juga Ahli Parlimen P22 Pasir Mas, ada menegur Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, usahawan produk kecantikan dan kesihatan ternama berkaitan dengan iklan D'herbs yang menjolok mata seperti disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 16 Januari 2017.


Teguran Nik Mohamad Abduh Melalui Facebook


Ini Respon Datuk Aliff Syukri Kepada Nik Mohamad Abduh

Daripada Instagram milik Datuk Aliff Syukri

Saya sedia terima teguran tapi..
Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk akhbar Lebih- lebih
lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau.

Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya.

Apapun terima kasih atas teguran beliau dan juga semua yang memberi nasihat,Insya Allah mudahan Allah memberkati anda semua di atas nasihat2 yg baik.

Hadis dari Imam Syafie ada mengatakan "Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi- sembunyi, maka dia benar- benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu".

Urusan keberkatan rezeki itu milik Allah dan dengan rezeki dari D'herbs, serba sedikit dapat membantu sesama ummah.

Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri

No comments

Powered by Blogger.