Header Ads

Rolling Barrier Mampu Kurangkan Kadar Kemalangan Maut

Kuala Lumpur - Usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut akibat melanggar penghadang atau pembahagi jalan sedang giat dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Semoga usaha murni ini menjadi kenyataan dan kebanggaan semua rakyat Malaysia.


Rolling Barrier atau pembahagi jalan beroda ini telah dicuba keberkesanannya untuk menghalang terjadinya kemalangan maut pada 9 Disember lalu di pusingan U FT, 15, Subang Jaya dan rumusan untuk keseluruhan ujian ini mengambil masa dalam tempoh 3 bulan.

Melalui Harian Metro, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Seri Dr Roslan Md Taha berkata, penghadang jalan beroda adalah penghadang jalan alternatif yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang boleh menghalang kemalangan maut.

Menurutnya, ia bukan hanya menyerap tenaga impak malah akan menukarkan tenaga impak kepada tenaga putaran.

“Setakat ini penghadang jalan beroda sudah dipasang di pusingan U FT 15, Subang Jaya sebagai langkah percubaan. Jalan ini dipilih berikutan keadaan selekoh jalan yang tajam dan kekerapan kenderaan terbabas,” katanya.

Katanya, sekiranya berkesan dan terbukti mengurangkan kemalangan, ia akan dipasang di lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kemalangan termasuk di selekoh tajam dan sepanjang tebing cerun.

“Namun ia bergantung kepada bajet yang diluluskan,” katanya.


Sebelum ini, ramai pengguna jalan raya memohon agar pengunaan pembahagi jalan alternatif dilaksanakan untu mengelakkan kemalangan maut yang sering berlaku.

Struktur besi pada pembahagi jalan digunakan pada masa ini dikhabarkan mempunyai bucu tajam yang berisiko tertusuk apabila dilanggarnya.

Difahamkan ‘Rolling Barrier’ yang dibuat oleh syarikat ETI daripada Korea Selatan itu amat menarik minat dan perhatian dunia apabila dikatakan ia mampu mengurangkan kadar kemalangan.

Teknologi ini terdiri daripada gabungan tiub keluli yang kukuh serta silinder plastik yang menyerap impak dan hentakan.




Sumber: Harian Metro & Metro TV

No comments

Powered by Blogger.