Header Ads

Rumah Tangga Kami Masih Kekal Dan Bahagia - Hanez Suraya


Minggu lalu kita dikejutkan satu berita yang menyatakan pelakon cantik Hanez Suraya memfailkan penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Bagaimana pun tiada kelibat pelakon berkenaan di mahkamah dan difahamkan hanya peguam yang hadir bagai mewakili pelakon tersebut.

Agak mengejutkan apabila melalui akaun Instagram milik Hanez Suraya mengatakan yang dia dan suaminya masih lagi berbahagia. Maka, tidak benarlah desas-desus yang mengatakan Hanez membuat permohonan cerai.

Menerusi Instagram Hanez memberitahu, bukannya dengan berdiam diri mengiyakan dan menafikan perkara tersebut tetapi dia memerlukan ruang untuk dirinya mendapat ketenangan.

Menurut Hanez lagi, tiada apa yang harus diperjelaskan lagi di atas apa yang berlaku. Dia juga mengaku bahawa dia hanya manusia biasa dan tidak lari dari membuat kesilapan dan apa yang paling penting, antara Hanez dan suaminya masih lagi berbahagia dan bersama sehingga sekarang. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku, tulis Hanez di Instagram.

Berikut kenyataan Hanez Suraya di Instagram dan gambar saat bahagia Hanez dan suaminya turut dipaparkan yang membuktikan dia masih lagi bahagia.


Hanez juga berkata dia memohon maaf di atas apa yang berlaku kepada semua pihak. Dan ucapan terima kasih diberikan kepada pihak keluarga Hanez, rakan-rakan rapat, pihak media dan juga semua peminatnya kerana menyokong Hanez selama ini serta memberi semangat dan mendoakan mereka suami isteri selama ini, tulis Hanez lagi.

Source: Hanez Suraya

No comments

Powered by Blogger.