Header Ads

Sahala Stesen Wuduk Khas Mesra Pengguna OKU


Golongan orang kurang upaya (OKU) kini boleh menarik nafas lega jika ingin mengambil wuduk di masjid-masjid kerana cetusan idea daripada syarikat Bumiputera, Meas-Tech Solutions Sdn Bhd telah menghasilkan satu produk iaitu stesen wuduk khas untuk mereka.

Stesen wuduk ini telah direkakan oleh syarikat berkenaan apabila melihat kesusahan golongan ini untuk mengambil wuduk lalu terciptalah stesen wuduk yang diberikan nama sebagai Sahala khas untuk OKU yang mana ianya boleh digunakan juga oleh OKU yang berkerusi roda.


Rekaan khas bentuk sinki ergonomik Sahala adalah bertujuan untuk mengelakkan air terpercik dan melimpah serta akan memberikan keselesaan kepada setiap pengguna. Sistem air pancur yang berbilang arah untuk memastikan semburan air akan terkena pada anggota kaki keseluruhannya.


Inovasi terbaru ini direkacipta apabila pihak Meas-Tech Solutions Sdn Bhd menyedari permasalahan yang dihadapi oleh OKU walaupun kebanyakkan masjid telah dilengkapi kemudahan asas untuk OKU namun kemudahan berkenaan masih lagi belum mesra pengguna seperti sistem wuduk Sahala.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.