Header Ads

Senarai Filem Antarabangsa Paling Laris Bagi Tahun 2016

Filem antarabangsa amat diminati di Malaysia dan seluruh dunia. Mungkin kerana kualiti filem dan karya mereka sangat baik untuk ditonton menjadikan filem antarabangsa terus diminati pelbagai lapisan masyarakat.

Banyak filem berkualiti yang mencapai kejayaan besar dan juga karya terbaik terlaris sepanjang tahun 2016.

Antaranya seperti Walt Disney pada tahun 2016 ini telah mendominasi carta box office dengan deretan enam karya mereka yang dinobatkan sebagai filem paling laris di seluruh dunia.




Senarai 10 Filem Paling Laris 2016


1. Captain America: Civil War (RM5.16 bilion)

Sekuel ketiga Captain America adaptasi komik adiwira Marvel ini menjadi filem keempat paling laris Marvel Cinematic Universe (MCU) selepas The Avengers, Avengers: Age of Ultron dan Iron Man 3. Filem ini menerima sambutan luar biasa peminat Marvel di seluruh dunia berikutan kemunculan Iron Man (Robert Downey Jr) dan perkenalan adiwira baru, Spider-Man (Tom Holland).

2. Finding Dory (RM4.62 bilion)

Cerita mengenai ikan bernama Dory yang mencari keluarganya menjadi animasi paling berjaya sepanjang tahun ini. Ia sambungan animasi Finding Nemo yang ditayangkan 13 tahun lalu. Selain itu, animasi ini turut menampilkan pengacara popular Amerika Syarikat Ellen DeGeneres yang meminjam suaranya untuk watak Dory.

3. Zootopia (RM4.48 bilion)

Ditayangkan Februari lalu, Zootopia menjadi filem pertama Disney untuk mencapai jualan tiket panggung AS$1 bilion tahun ini. Animasi yang mengetengahkan kisah haiwan ini turut dinobatkan sebagau Animasi Terbaik bagi Anugerah Critics’ Choice Movie.

4. The Jungle Book 2016 (RM4.46 bilion)

Filem arahan Jon Favreau ini adalah pembikinan semula karya klasik Jungle Book tayangan 1967. Ia mengetengahkan budak kecil yang tangkas yang berdepan ancaman harimau jahat yang mahu membunuhnya.

5. The Secret Life of Pets (RM3.92 bilion)

Karya ini diterbitkan studio Illumination Entertainment ini turut mencipta animasi terkenal seperti Despicable Me dan Sing.

Animasi komedi ini mengisahkan aksi sekumpulan haiwan peliharaan ketika ketiadaan tuan mereka. Ia tetap menerima sambutan hangat walaupun tayangannya bertembung dengan Finding Dory.

6. Batman vs Superman: Dawn of Justice (RM3.91 bilion)

Pada mulanya, produksi Warner Bros menjangkakan filem arahan Zack Snyder ini menjadi karya paling hebat bagi tahun ini. Sebaliknya, filem terbabit menerima kritikan teruk dan turut dikatakan menimbulkan perbalahan di antara peminat Batman dan Superman. Walaupun turut menampilkan Wonder Woman, filem itu hanya mencapai 50.3 peratus keuntungan di awal tayangannya di Amerika Syarikat.

7. Deadpool (RM3.51 bilion)

Siapa sangka adiwira Deadpool yang dianggap kurang menyerlah dalam dunia X-Men menjadi karya paling laris produksi 20th Century Fox bagi tahun ini. Jualan tiket pawagam filem ini di Amerika Syarikat berjaya memperoleh RM1.62 bilion iaitu lebih RM4.48 juta daripada X-men: Apocalypse

Filem menelan bajet RM260 juta itu dibintangi pelakon Ryan Reynolds yang kali terakhir membawa watak utama dalam Safe House pada 2012.

8. Fantastic Beasts and Where To Find Them (RM3.35 bilion)

Filem fantasi adaptasi novel laris ciptaan J. K. Rowling adalah ‘spinoff’ kepada Harry Potter. Ia yang dibintangi Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander dan Katherine Waterston menduduki tempat pertama dalam carta filem United Kingdom selama empat minggu berturut-turut selepas tayangannya pada November lalu. Warner Bros mengumumkan akan menghasilkan empat lagi sekuel selepas ini.

9. Suicide Squad (RM3.34 bilion)

Filem mengisahkan sekumpulan penjenayaah merbahaya ini juga tidak terlepas dari kritikan. Ramai menjangkakan filem itu akan gagal berikutan jualan tiket diperoleh di awal tayangan hanya 41 peratus. Namun rasa ingin tahu peminat dan kesan tular (viral) menjadi antara sebab filem itu tiba-tiba mendapat sambutan memberangsangkan.

10. Rogue One: A Star Wars Story (RM2.4 bilion)

Baru dua minggu tayangan, karya arahan Gareth Edwards ini sudah disenaraikan sebagai filem kedua terlaris tahun ini. Ia adalah filem pertama Star Wars dengan jalan cerita tersendiri dan mengisahkan percubaan sekumpulan pejuang memusnahkan Death Star.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.