Header Ads

Seorang Lelaki Penyanyi Dari Turki Mendakwa Dia Adalah Ayah Sebenar Kepada Adele

Foto - Hurriyet Daily News

Seorang lelaki yang juga seorang penyanyi dari Turki telah mendakwa bahawa dia adalah bapa yang sebenar kepada seorang penyanyi yang amat popular di Amerika Syarikat (AS) iaitu Adele.

Menerusi laporan Dogan News Agency, Mehmet Asar, 52, berkata dia mempunyai hubungan sulit dengan ibu Adele, Penny Adkins, sewaktu ibu Adele sedang bercuti pada tahun 1987 di sebuah resort, kata lelaki tersebut yang tinggal di Bodrum.

Mehmet pada ketika itu adalah seorang pemandu teksi dan telah mengenali Penny yang ketika itu berkerja sebagai jururawat. Mereka saling jatuh cinta dan perhubungan itu telah berlanjutan hanya selama 2 minggu kerana Penny perlu pulang ke England.

Foto - Hurriyet Daily News

Hubungan antara Mehmet dan Penny telah berlanjutan beberapa lama melalui telefon namun katanya ketika itu disebabkan kos pembayaran telefon agak mahal menyebabkan perhubungan mereka terputus begitu saja tidak lama selepas itu.

Mehmet juga menjelaskan bahawa dia banyak mempunyai persamaan dengan Adele iaitu dari segi intinasi nyanyian serta dari segi jari penyanyi Adele.

Menurut Mehmet lagi, dia langsung tidak mengharapkan apa-apa daripada pendedahan yang dia ayah kepada Adele namun dia berkata, perkara yang paling penting adalah ingin semua orang dan anaknya tahu tentang kebenaran ini.

Menurut Sinar Online, dalam sebuah temuramah pada 2015, Adele pernah memberitahu keluarganya mempunyai susur galur Turki, Sepanyol dan Britain.

No comments

Powered by Blogger.